Produk Kecantikan Merbahaya

Salam Bahagia....


Emm..baru je post pasal produk kecantikan yang tiada bahan kimia iaitu produk kecantikan RA8. Hari ni pulak keluar dalam paper tentang produk kecantikan yang mempunyai bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan. Bahaya..bahaya...Memang bahaya...

Kepada wanita-wanita dan juga lelaki yang suka beli produk kecantikan, kenalah berhati-hati dalam memilih dan menggunakan produk kecantikan. Teliti semula kandungan dalam produk tersebut. Jika ragu-ragu juga, pastikan ada tak produk tu mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan. Jika ada, maka anda boleh beli produk tersebut dengan hati yang tenang.

Untuk tatapan semua, ni petikan yang keluar dalam Kosmo Online hari ni:

 Krim kulit ada logam merbahaya





SALAH satu produk jenis krim penjagaan muka jenama Yoko yang dilarang pengunaannya kerana boleh membawa kesan mudarat kepada penggun
PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya tidak membeli dan menggunakan Daily Protecting Cream: Jole et Beaute dan beberapa jenis krim penjagaan muka jenama Yoko berikutan penemuan logam berat merkuri dalam produk-produk itu.
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi kementerian itu, Datuk Eisah A. Rahman berkata, jenis krim Yoko yang dilarang penggunaannya adalah Yoko Whitening Cream Ginseng & Pearls, Yoko Whitening Cream With SPF-15, Yoko Yogurt Milk Whitening Cream, Yoko Beauteen Sunflower Whitening Cream, Yoko Freckle Cream, Yoko Whitening Cream dan Yoko Whitening Extract.
Menurutnya, penggunaan produk keluaran dari Jepun itu boleh membawa kesan mudarat kepada pengguna kerana logam merkuri boleh diserap melalui kulit apabila disapu secara luaran dan cenderung berkumpul dalam badan.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.



Saje gatal-gatal tulis:
Masih mencari-cari produk idaman hati...Bila nak jumpa nih...

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bau best duit baru Ringgit Malaysia...

Pengalaman Buat pasport di Pejabat Imigresen Melaka

Baru angan-angan....