Posts

Showing posts from November, 2011

Harimau Muda Menang!!! 5-4!!

Image
Logo dari Cik Google.. Penuh dengan debaran tengok bola malam tadi. Pukul 8.00 malam dah terpacak depan tv. Dari tak suka tengok bola, aku dah jadi gila tengok bola...Gara-gara encik Husband aku la ni..Entah bila entah aku jadi terminat bola sepak. Berjaya encik Husband menarik aku supaya minat tengok bola... Kalau ikutkan perlawanan malam tadi penuh dramatik. Tak berkelip mata aku tengok tatakala bola nak sampai kat tiang gol lawan. Banyak kali aku kecewa coz bola tak masuk... Tapi itu tanda yang cukup bagus kerana Malaysia nampak hebat. Malaysia mampu membuat Indonesia tak senang duduk.. Baru kau tau Garuda langit tinggi rendah...Wuuwahahaha..(ketawa jahat)... Part yang paling best dan paling mendebarkan ialah bila sampai waktu sepakan penalti. Terima kasih kat Apek coz berjaya selamatkan bola dengan amat cemerlang sekali. Akhirnya Malaysia berjaya golkan 4 gol penalti. Indonesia 3 sahaja. Maka kemenanga hak mutlak Malaysia! Yeyyy!!! Terima kasih sangat2 kat team Harimau Muda. Anda a

Cari peluang dalam kerja kita. Peluang apa?

Assalamualaikum... Ha ah la..Peluang apa ye? Ini yang nak dikupaskan sikit je.Masing-masing ada kerjaya kan. Tak kisah kerjaya di luar rumah atau dalam rumah (surirumah la tu). Tiap kerja kita ada peluang nak buat pahala. Contoh yang kerja mengajar. Di samping mengajar anak didik, kita bleh buat pahala dengan memberi peringatan tentang hal Agama. Boleh tanya anak didik tadi sembahyang subuh tak? Ada baca doa tak hari ni? Macam2 la.. Kalau surirumah yang duduk rumah tu lagi la selalu buat pahala. Duduk rumah mesti jaga rumah. Ye tak? Tu dah dikira menjaga harta suami. Menjaga anak, memasak untuk keluarga dan macam2. Semua tu pahala.. Kesimpulannye, untukku ini..jadilah seorang pekerja dan seorang surirumah seikhlasnya dalam mencari keredhaanNya. Sesunnguhnya Allah itu Maha Adil dan Saksama. Saje gatal-gatal tulis: Nak bahagia dunia dan akhirat...Amin..

Hari ni buat apa?

Assalamualaikum... Hari ni hari Ahad...Bangun lambat tadi... Itupun Lidiya kejutkan aku..huhuhu... Hari ni bila celik mata: 1. Masak sarapan pagi. 2. Mandikan anak, beri makan dan beri susu. 3. Basuh karpet...Syasya kotorkan. Penat mama basuh... 4. Clearkan pinggan mangkuk dalam singki. 5. Masak tengahari. Masak awal kot2 En Husband lapar.. Kang bertukar lak jadi monster.. 6. Lap cermin belakang kat daput. Kotor siot, lama tak cuci... 7. Mandi n solat... 8. Baru buka blog..Wuuwahaha.. (Semua perkara dibuat sambil2 jaga 2 anak tau) Itu laa perkara2 yang dibuat sehingga la kul 2 ptg sekarang ni..Banyak jugak kan? Leh bakar banyak lemak gak ni.Hihihi.. Itu saja untuk hari ni.. Saje gatal-gatal tulis: Kerja2 rumah ni sampai malam pun tak abis nak buat...huhuhu..

Hari ni penat!

Assalamualaikum.... PENAT! Hari yang sangat memenatkan dan lapar sesangat. Nape? Sebab kena jaga exam start 8 pagi sampai la 1.30 petang. Tak makan ape, tak minum ape...penat lagi... Harap2 jangan la dapat macam ni lagi. Tak bermaya nak buat lain-lain kerja. Tapi buat jugak...huhuhu... Dah nak balik...Kul 5 ptg dah... Babai.. Saje Gatal-gatal tulis: Teringat masa jadik student dulu...waktu exam adalah waktu yang paling mendebarkan. Debar tak dapat jawab...huhuhu...

Kek Lidiya Yang Pertama!

Image
Assalamualaikum... Inilah kek Lidiya yang pertama .... Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan jadilah anak yang solehah.. Aminnn... Saje gatal-gatal tulis: Mamanya tak penah dapat kek macam ni waktu kecik2 dulu..huhuhu..

Birthday orang tersayang 11.11.11

Assalamualaikum dan salam ceria selalu... Yey! Yey! Hari ni hari jadi Lidiya. Yey! Yey! Lidiya dah setahun. Yey! Yey! Semalam dah tempah kek Lidiya. Yey! Yey! Hari ni celebrate birthday Lidiya. Bestnyaa..Lidiya dah setahun. Pejam celik, pejam celik...kejap je setahun. Tapi semasa tempoh dah besarkan tu, macam-macam perkara yang berlaku. Anak-anak ni masing-masing ada kisah tersendiri kan? Petang nanti nak ambik kek Lidiya kat Secret Recipe kat Air Keroh Melaka. Tempah hari semalam, tak ingat semalamnya adalah Jcard Day. Banyak gila kereta. Orang pun sama. Tapi aku tak masuk pun dalam Jusco. Mr. Ayah tak nak masuk...huhuhu... Tak sabar nak tunggu petang ni. Celebrate Birthday Lidiya... Itu sahaja untuk hari ni... Babai.. Saje gatal-gatal tulis: Hadiah Birthday Mr Ayah ( 30.10.2011 Birthdaynya ) blum beli lagi. Adoiyaii...Nak beli ape yek?ummm....

Esok 11.11.11 bersamaan hari Jumaat

Assalam dan salam ceria2 selalu... Esok tarikhnye cantik sangat. Kenapa? Sebab esok 11.11.11 di mana esok adalah harijadi Lidiya ( my second daughter ) yang pertama. Dah plan dengan Mr. Ayah untuk tempah kek hari ni. nak tulis no. 1 happy birthday lidiya beserta tarikh 11.11.11. Bestnye... Tak tau lagi nak kasi hadiah apa kat Lidiya. Ingat nak beli kereta 4 tayar tu. Bleh dia naik dan main2 dengan kakak Syasya. Kakak Syasya dah ada satu. Masih elok lagi...selalu dia main kat rumah nenek dia. Apapun nanti, kalau la berkesempatan upload gambar lidiya,aku nak upload dalam blog aku ni. Belum berkesampaian nak letak apa2 gambar. Macam takde masa nak mengupload. Itu sahaja untuk tatapan hari ni...babai Saje gatal-gatal tulis: Bertambah umur anak, bermakna bertambah la umur mama nye...huhuhu...