Bau best duit baru Ringgit Malaysia...

Assalamualaikum....


Duit? Pantang sebut duit mesti segar je otak bila sebut duit. Tambah-tambah kalau duit tu masuk dalam kocek kita. Lagi la seronok di hati. Semua orang suka duit. Termasuk la aku...hehehe..


Hari ni keluar dalam paper Kosmo mengatakan bahawa dah keluar duit RM yang baru. Dan ada duit RM 20 warna oren. Edaran akan dibuat pada separuh kedua 2012. Manakala RM 50 dah ada dah kat pasaran.


Gambar di bawah ni contoh duit RM baru. Cantik kan?


Contoh duit RM baru. (sumber dari Kosmo online)

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) memperkenalkan siri mata wang baharu dengan rekaan wang kertas dan syiling yang menerapkan keunikan Malaysia daripada segi warisan, budaya dan khazanah alam di samping peningkatan ciri-ciri keselamatan berteknologi terkini.

Edaran wang kertas denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100 akan disediakan pada separuh kedua 2012 manakala denominasi RM50 baharu sudah berada di pasaran.

Wang syiling denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen yang dilancarkan pada 25 Julai lalu akan diedarkan Januari depan.

"Bagi siri baharu ini, substrat polimer digunakan untuk pembuatan wang kertas denominasi RM1 dan RM5 manakala selebihnya menggunakan kertas.

"Siri wang kertas baharu ini menggabungkan ciri-ciri keselamatan yang seiring dengan teknologi terkini termasuk imej bayang-bayang, tetingkap jernih, potret tera air berpiksel dengan nombor yang jelas, benang keselamatan yang berubah warna dan benang kanta mikro," menurut BNM dalam satu kenyataan semalam.

Kenyataan itu menyebut, ciri-ciri lain adalah permukaan wang membolehkan individu yang bermasalah penglihatan mengenal pasti dan membezakan denominasi.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

22/12/2011



Saje gatal-gatal tulis:

Suka cium duit baru. Wangi... Tabiat ni memang tak boleh nak buang.. ngee..




Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat pasport di Pejabat Imigresen Melaka

Baru angan-angan....