Holiday oh holiday...

Assalamualaikum...

Sekarang tengah cuti sekolah. Dah penghujung dah.. emm..kalau anak2 dah sekolah, inilah masa yang sesuai untuk pergi holiday satu family. Dan inilah juga masa yang sesuai untuk merapatkan hudungan antara satu sama lain. Tambah2 bagi suami dan isteri yang dua-duanya bekerja. Bila lagi nak cuti-cuti Malaysia ye tak?


Banyak tempat di Malaysia ni yang boleh kita pergi. Pilih je...nak pegi pulau, kita ada. Nak pegi pantai, kita ada. Nak pegi bukit-bukit yang sejuk pun ada. Pilih je yang mana berkenan di hati.



Image dari google.


Cumanya kita kena la plan. Itu yang paling baik..Sebab kalau tak plan nanti macam-macam boleh jadi. Contohnya:
1. buat saving khas untuk jalan-jalan,
2. tempah hotel awal (kalau boleh..ada masa aku tempah, ada masa tidak. Tengok keadaann...),
3. rancang perjalanan dan
4. pastikan aktiviti kita hanya untuk bergumbira ye.. Bukan nye bawak segala kerja-kerja sekali berholiday...


Aku pun dah lama dah pegi holiday ni. Duit dah ada, tempat nak tuju dah ada, cuma masalah masa je. Dah plan elok dah, tapi aku dengan en husband aku plak demam, selsema dan batuk. Dah cancel dan hanya cuti-cuti di rumah je. Dok rehat kat rumah jew..huhuhu..sedihnye..


Akan dirancang lagi pada waktu terdekat ini. Lidiya pun dah pandai jalan dan memang tengah suka berlatih berjalan. Senang mak dia nak berjalan ke shopping ke..hehehe... ke mana la nak bercuti ni..hemm...



Saje gatal-gatal tulis:
Teringin nak pergi sabah atau sarawak. Bila agaknya dapat peluang pergi ke sana....

Comments

Popular posts from this blog

Bau best duit baru Ringgit Malaysia...

Pengalaman Buat pasport di Pejabat Imigresen Melaka

Baru angan-angan....