Percutian di Felda Residence Hot Spring, Sungkai Perak

Assalamualaikum....

Percutian pertama berjaya di capai tahun ini iaitu di Felda Residence Hot Spring, Sungkai Perak. Best sangat2...Kami ambik 3 hari 2 malam. Mula-mula ambik 2 hari 1 malam. Tapi rasa macam tak puas dan mungkin kami akan balik dalam keadaan tak puas hati. Jadi itu la jangka masa yang paling sesuai iaitu 3 hari 2 malam. Puas mandi dan bergambar. Anak-anak pun happy sangat-sangat kat situ. Mak ayahnye pun sama...P

Kenapa best tempat ni:
1. Tempat yang menarik, tenang  dan nyaman.
2.  Ada kolam air panas dan air sejuk. Boleh pilih mana yang berkenan. Kami terjun kedua-duanya sekali. (Kami ni tamak..hehehe..)
3. Layanan amat bagus dari staf kat situ. Murah dengan senyuman dan sedia membantu. 
4. Boleh pilih bilik atau villa (ada jakuzi). Kami ambik bilik(RM180 1 malam. Ni harga weekdays. Kalau weekend RM220 1 malam.Save bajet kalau weekdays..huhuhu)..Bilik pun bagus. Semua lengkap. Dah ada iron, papan iron, ada hair dryer, sejadah, xtra tilam dan xtra bantal.
5. Makan pagi dia sedap....nasi lemak dia licin abis kami makan sepinggan. Dan ada juga pilihan lain yang mana berkenan di hati...
6. Nak cari makan lunch dan dinner mudah. Tak jauh sangat nak keluar. Murah...
7. Boleh rebus telur ayam dengan percuma...Nikmat tul dapat makan lepas berendam dalam kolam.
8. Ada peta diberikan. Mudah..tak sesat nanti...

Haa..Ni peta dia dengan no contact


Memang tak nyesal pegi..memang rasa nak pegi lagi kalau ada kesempatan. Lepas ni kami plan nak bercuti lagi. Tahun 2012 adalah tahun untuk kami cuti-cuti Malaysia. Lidiya dah pandai jalan sendiri la katakan..tak penat mak ayah dia nak dukung aje...Aku masalah kalau dukung lama. Mesti pinggang aku akan sakit.



Saje gatal-gatal tulis:
Tak sabar nak bercuti ke Cameron Highlands..Bilik dah ditempah bulan Jun nanti..Yahooo...



Comments

Popular posts from this blog

Bau best duit baru Ringgit Malaysia...

Pengalaman Buat pasport di Pejabat Imigresen Melaka

Baru angan-angan....