Produk Kecantikan Baru RA8

Oh kulit..
Kulit putih...
Kulit halus mulus...
Kulit cerah...
Tiada jerawat...
Awet muda....


Haa..kat atas tu bukan pantun, bukan puisi, bukan kata-kata pujangga ye..semua di atas adalah kata-kata idaman setiap wanita di atas muka bumi ini. Mesti nak sentiasa nampak cantik dan nampak muda dari usia sebenar. Termasuk la yang tukang taip ni jugak...hihihi...


Macam aku ni masih lagi mencari-cari produk yang sesuai atau senang kata nak setia pada yang satu. Sebelum ni tak ambik kisah sangat pasal kulit muka ni. Tapi bila umur dah start angka 3 ni macam ngeri la pulak bila memikirkan orang akan sangka kita tua dari umur sebenar...Mesti nak nampak muda..Tambah-tambah kalau dapat suami makin anjak usia dia nampak makin muda pulak dia..huhuhu...


Aku just nak share pasal produk yang baru ada di pasaran dan ada pengedar datang buat demo di tempat aku ni. Nama produk ni RA8. Cuma ada 3 barang dalam 1 set iaitu skin cleanser, skin creme dan serum. Cukup mudah untuk dipakai terutama bagi mereka yang memang nak ringkas je. Tak perlukan masa yang lama...


Ini cleanser dia (RM88.)


Serum (RM98)

Creme muka (RM138)


Cantik kan packaging dia? Ni aku ambik dari blog dia http://www.ra8beauty.com/. Produk ni dibangunkan oleh SIRIM Bhd dan mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan ia menggunakan bahan dari laut. Jadi sape-sape yang alah pada seafood dinasihatkan untuk cuba trial set dulu. Kalau ok, baru boleh pakai.


Aku macam berminat sebab produk ni bebas dari bahan kimia (orang tu cakap la...). Tu yang best tu. Bila bebas bahan kimia, bermakna produk ni selamat dipakai. Jadi kemungkinan tiada masalah la kalau nak try.


Aku ni plak masih lagi termenung sendiri sama ada nak try atau tidak... Takut beli,pastu tak pakai atau tak serasi dengan kulit. Pastu menyesal beli. Tapi nak cantik kan?...:P




Saje gatal-gatal tulis:
Stokis ada dekat je ni..Oder je terus dapat. Tapi...berat tul nak cakap berminat nak beli.




Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bau best duit baru Ringgit Malaysia...

Pengalaman Buat pasport di Pejabat Imigresen Melaka

Baru angan-angan....