Nak Petua Kecantikan Asli Tak?

 Assalamualaikum....

Kecantikan lagi...?? Tak abis-abis pasal kecantikan... Itu la perempuan...Memang diciptakan untuk suka pada kecantikan. Memang saya suka pada kecantikan. hehehe...

Kali ni pulak, saya dapat beberapa petua untuk cantik dengan menggunakan petua turun temurun di mana kita akan hanya menggunakan bahan-bahan harian yang sering kita gunakan atau yang mudah didapati. Apa salahnya kita cuba kan? Kalau tak cuba, maka tak tahu. Lagipun memang confirm la bahan-bahan ni tak ada bahan kimia yang amat kita bimbangi...

Contoh antara bahan semulajadi yang boleh dijadikan bahan kecantikan:

  

Tomato

Mentimun

 

Pisang

*Semua gambar di atas dari cik goole. Tq cik google. 

Apa kata, kita hayati artikel di bawah ni...saje letak dalam blog supaya senang saya nak rujuk semula jika tergerak hati nak buat semuanya..mula dulu mana yang paling mudah dulu ye...

Agen kecantikan asli

Oleh Siti Zarinah Sahib
sitizarinah@hmetro.com.my
DENGAN kewujudan banyak produk kecantikan di pasaran, adakala kita terlupa pada amalan dulu kala menggunakan bahan semula jadi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai agen kecantikan.
Selain boleh dimakan, kandu�ngan nutrisi serta vitamin pada buah-buahan segar ini membantu menjadikan kulit lebih sihat, cantik dan berseri. Lebih penting sama ada dijadikan pembersih, penyental atau masker, kandu�ngannya benar-benar bersih tanpa campuran bahan kimia.

Menggunakan cara yang mudah, tanpa mengeluarkan belanja yang banyak sesiapa juga boleh melakukannya. Sama ada buah-buahan ini diletakkan pada wajah begitu saja atau dilenyek dijadikan masker, jika dilakukan secara berkala akan memberikan kesan menakjubkan pada kulit.

Wanita di negara maju pada zaman dulu juga percaya pada penggunaan bahan semula jadi yang boleh mencantikkan kulit. Wanita di Jepun misalnya meng�gunakan bulu daripada burung bulbul untuk membersih kulit. Mereka juga menjadikan bulu burung ini sebagai masker yang dicampur bersama air.


Kepercayaan ini masih digunakan sehingga sekarang. Mereka mempercayai khasiat daripada bulu burung bulbul ini namun menjadikan lebih moden dengan mencampurkan bersama pembersih wajah lalu disapu pada kulit.

Wanita di Barat pula percaya hampas teh dapat menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata. Bahkan dengan menyimpannya di dalam peti sejuk semalaman boleh memberikan kesan lebih menyerlah.

Kebanyakan wanita Russia memiliki kulit yang halus dan cantik disebabkan kepercayaan mereka menggunakan serbuk kopi yang digosok pada kulit. Selain dapat menghilangkan bau badan, serbuk kopi boleh menjadikan rona kulit lebih cerah. Boleh dilakukan ketika bersauna supaya sel kulit mati dapat ditanggalkan secara optimum. Penggunaan kopi sebagai bahan penyental turut digunakan di kebanyakan negara maju kerana diakui keberkesanannya.

Wanita di Mesir percaya penggunaan susu dan madu mampu mencerah dan menjadikan kulit lebih halus. Buktinya, Ratu Cleopatra turut berkongsi rahsia yang sama apabila gemar menggunakan bahan serupa untuk mencantikkan wajah. Dia juga sering mandi dengan garam laut dan rumpai laut bagi mendapatkan kulit lebih mulus serta wajah bersinar.

Di negara kita misalnya, banyak amalan serta petua kecantikan semula jadi daripada nenek moyang yang masih menjadi amalan sehingga kini. Antaranya penggunaan buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai masker atau penyental wajah.

Namun sebelum memakainya pada wajah, jangan lupa cuci atau bersihkan wajah terlebih dulu. Ada baiknya sekiranya meng�gunakan air suam supaya liang roma lebih terbuka dan mampu meresap nutrisi daripada bahan semula jadi ini.


Buah-buahan baik untuk kesihatan wajah


Sengkuang

Sesuai untuk semua jenis kulit. Sengkuang mempunyai keistimewaan iaitu melembap dan menegangkan kulit. Warna buah juga membantu menjadikan kulit lebih cerah.

Cara membuatnya:

Cuci dan kupas sengkuang. Masukkan ke dalam pengisar kemudian kisar sehingga halus. Campurkan sedikit madu serta perahan air limau nipis. Lumur pada wajah sekurang-kurangnya 30 minit. Kemudian bersihkan dengan air. Lakukan dua kali seminggu dan lihat hasilnya.


Kentang

Sayuran ini mengandungi potasium, zat besi, karbohidrat serta vitamin A, B, dan C yang menjadi pelengkap kepada bahan antioksidan sekali gus memperlahankan proses penuaan. Bagi mereka yang memiliki kulit berminyak dan berjerawat, masker kentang sesuai digunakan untuk merawatnya.

Cara membuatnya:

Buang kulit dan kisar kentang menjadi halus. Kemudian sapu pada kulit terutama bahagian berjerawat dua kali seminggu selama 30 minit. Selepas itu cuci dengan air suam.


Betik

Betik buah yang kaya dengan pelbagai khasiat.

Kandungan estrogen serta vitamin A, dan C di dalamnya mampu mencegah kedutan dan menanggalkan sel kulit mati. Buah ini juga berfungsi untuk semua jenis kulit terutama kulit berjerawat.

Cara membuatnya:

Lenyek betik menjadi halus. Kemudian campurkan dengan sedikit air mawar dan disapu pada wajah selama 30 minit. Cuci bersih dan lakukan dua kali seminggu.


Tomato

Warnanya yang merah dengan rasa sedikit masam mampu menjadikan kulit lebih halus dan merona merah.

Cara membuatnya:

Potong tomato kemudian gosok pada wajah. Isinya juga boleh diambil kemudian disapu sebagai masker selama 30 minit.


Pisang

Buah berwarna kuning ini memiliki khasiat yang baik untuk wajah. Dengan menggunakannya, kulit wajah menjadi lebih lembap dan tegang. Sangat baik untuk mengatasi masalah kedutan kulit.

Cara membuatnya:

Ambil pisang dan lenyek isinya. Tambahkan minyak zaitun atau madu pada pisang yang hancur. Oleskan pada wajah dan biarkan 30 minit. Bersihkan wajah dengan kapas dibasahi air suam.


Timun

Selain khasiatnya yang dapat menyegarkan mata, timun juga boleh menghaluskan kulit.

Cara membuatnya:

Kisar timun sehingga hancur. Tambahkan susu tepung dan air sehingga adunan menjadi pekat. Sapu pada wajah selama 30 minit.


Avokado

Avokado selain membantu menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh, khasiatnya sangat bagus untuk melembapkan kulit dan sesuai untuk kulit kering.

Cara membuatnya:

Hancurkan isi buah avokado kemudian sapu pada wajah selama 30 minit. Bilas
dengan kapas menggunakan air suam untuk membersih�kannya.

 http://www.hmetro.com.my/articles/Agenkecantikanasli/Article



Saje gatal-gatal tulis:
Nak cantik kena rajin dan usaha, jangan bermalas-malasan...huhu..

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bau best duit baru Ringgit Malaysia...

Pengalaman Buat pasport di Pejabat Imigresen Melaka

Baru angan-angan....