Bonus Tabung Haji 6%


Assalamualaikum....

Yey!Yey!Yeyy!!Seronoknye hari ni... Bonus tabung haji telah pun diumumkan sebanyak 6% untuk tahun 2011. Lebih tinggi berbanding 2010 di mana bonusnya 5.5%. Maknanya ada peningkatan sebanyak 0.5%.

Untuk lebih lanjut, boleh hayati artikel dari myMetro ini...


UMUM...Jamil Khir (kanan) dan Abi Musa Asa’ari menunjukkan kadar bayaran bonus Tabung Haji bagi 2011  di Putrajaya, semalam.
UMUM...Jamil Khir (kanan) dan Abi Musa Asa’ari menunjukkan kadar bayaran bonus Tabung Haji bagi 2011 di Putrajaya, semalam.

SERAMAI 6.96 juta pendeposit Tabung Haji (TH) akan menikmati pembayaran bonus sebanyak enam peratus bagi 2011 iaitu peningkatan sebanyak 0.5 peratus berbanding tahun sebelumnya dan akan dikreditkan terus ke dalam akaun pendeposit pada 8 Februari depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata peningkatan pembayaran bonus berkenaan berikutan kejayaan TH mengekalkan prestasi kewangannya dengan mencatatkan pendapatan melebihi RM2 bilion untuk tahun kedua, manakala keuntungan selepas zakat melebihi RM1 bilion buat kali kelima berturut-turut sejak 2007.


“Kadar bonus pendeposit TH adalah berdaya saing memandangkan profil pelaburan TH terhad kepada pelaburan berlandaskan syariah saja, namun agensi itu masih berkemampuan memberikan tambahan 0.5 peratus daripada kadar bonus 2010 sebanyak 5.5 peratus.

“Pembayaran bonus pendeposit sebanyak RM1.67 bilion adalah daripada keuntungan tahun semasa, iaitu peningkatan sebanyak 25 peratus berbanding jumlah bonus pendeposit yang dibayar pada 2010 berjumlah RM1.33 bilion,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Agensi di bawahnya di Putrajaya, semalam. Hadir sama, Timbalan Menterinya, Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Tan Sri Abi Musa Asa’ari Mohamed Nor.


Jamil Khir berkata, pendapatan TH tahun lalu berjumlah RM2.2 bilion meningkat sebanyak RM120 juta atau enam peratus berbanding 2010, dengan pertambahan dua kali ganda kadar pendapatan TH sejak 2006.


Menurutnya, ia seiring dengan pertumbuhan saiz dana pendeposit sebanyak 17 peratus berjumlah RM31.70 bilion berbanding RM27.11 bilion pada tahun sebelumnya.

Beliau berkata, sumber pendapatan TH tahun lalu ialah daripada pelaburan ekuiti pada kadar 58 peratus dan daripada jumlah itu 25 peratus adalah pendapatan dividen manakala 33 peratus lagi urus niaga saham.


Katanya, penyumbang kedua terbesar adalah pelaburan ekuti hutang, terutamanya bon Islam yang menyumbang 15 peratus berbanding 10 peratus pada 2010.

“Perbelanjaan operasi Tabung Haji terkawal walaupun ada peningkatan ketara akibat kenaikan kos tanggungan haji berjumlah RM105 juta pada 2011 berbanding RM65 juta tahun sebelumnya,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/articles/TabungHajiberibonus6_/Article.


Saje gatal-gatal tulis:

Harap-harap tangan ni takde gatal-gatal nak keluarkan duit dalam tabung haji tuu...

Comments

Popular posts from this blog

Bau best duit baru Ringgit Malaysia...

Pengalaman Buat pasport di Pejabat Imigresen Melaka

Baru angan-angan....