Pengalaman Buat pasport di Pejabat Imigresen Melaka

Assalamualaikum....

Buat entry pasal pasport?..Ha ah..pasal buat pasport. Dulu2, masa first time buat dulu memang macam caca marba la kami ni. ke hulu ke hilir. Banyak yang tak lengkap dan ada benda yang tak dibawa. Penat tak yah cakap la. Masa tu buat pada tahun 2010. 2 tahun je..Pastu pasport tu guna sekali je.Tak berbaloi bayar RM100.huhu....

Jadi kali ni, nak share tentang tatacara nak buat pasport supaya anda tidak merasa seperti mana yang aku rasa bila kali pertama buat pasport. Macam2 soalan kami tanya kat pegawai imigresen tu. Itu la, tak ada ilmu nak buat pasport kan..
 
Sumber dari google...thanks


Kali ni aku nak ceritakan tetang pengalaman aku buat pasport kali kedua di Pejabat Imigresen Melaka. Kami bertiga nak buat sebenarnya..aku, husband aku dan anak kedua aku. Anak pertama belum tamat tempoh lagi sebab untuk kanak-kanak RM150 untuk 5 tahun.

Maka bermulalah nak parking...memang penuh tapi bernasib baik kebetulan ada kereta keluar. Jadi kami dapat parking yang berdekatan dengan tangga nak naik ke pejabat. Bila sampai je depan pejabat imigresen, mak aii..ramai sungguh manusia yang sedang berbaris untuk mendapatkan no giliran. Kami pun berbaris panjang juga. Almaklumlah buat pada hari Sabtu. Memang ramai la manusia. Tambah2 cuti sekolah....

Macam aku ni, terpaksa ambil pasport yang dah siap pada esok harinya. Terpaksa la sebab manusia ramai gila dan kami sampai pukul 9 pagi dan selesai pukul 12.45 tengahari. Penatnye! Walau apapun, layanan pegawai amat la baik  walau mereka penat melayan pelbagai karenah manusia.

Maka, untuk jimatkan masa, pertama dinasihatkan supaya datang seawal yang mungkin sebab kalau awal, boleh dapat pasport pada hari yang sama. Tempoh siap ialah 2 jam. Tengok nasib gak la ye.

Kedua, anda dinasihatkan juga untuk menyediakan semua dokumen yang diperlukan sebelum ambil nombor kerana sebelum nombor diberi, permohonan kita akan disemak. Kalau tak lepas, terpaksa la lengkapkan dulu dokumen kita. Nombor giliran tak dapat.

Jadi aku senaraikan dokumen/perkara yang perlu dibuat sebelum datang ke pejabat imigresen:
1. Mykad kena bawak.Wajib ada. Kalau tak ada, kena buat baru.
2. Salinan Mykad. (potostat depan dan belakang pada satu helai kertas)
3.Gambar ukuran pasport 2 keping. (bagitau kat orang yang ambik gambar tu nak ambik gambar untuk pasport antarabangsa.Selalu dia tahu la syarat2 gambar tu macam mana. Untuk elak direject oleh pegawai imigresen...tak ke naya kena ambik gambar lainkan...huhu..)
4. Pastikan anda tahu ukuran tinggi anda. (Kalau tak tahu, kat pejabat imigresen ada sediakan tempat ukur tinggi. Tapi glemer la kau, kena ukur depan orang ramai.)
5. Surat beranak. (Untuk mudahkan isi no surat beranak..kalau ingat dalam kepala lagi bagus. Tapi elok la bawak)
6. Paport lama..(ni untuk yang nak buat pasport kali ke 2 dan seterusnya..penting. Tak bawak, terbantut la permohonan. Kena balik ambik pasport lama tu.)
7. Ha..paling tak boleh lupa ialah duit...RM 100 untuk 2 tahun. RM 300 untuk 3 tahun. Boleh pilih mana yang berkenan ye.
8. Borang permohonan yang lengkap diisi...(Sampai je terus ambik borang dulu kat kaunter, isi siap2, baru berbaris ambil nombor)

Kalau nak tahu lebih lanjut, aku tinggalkan jejak ni ye:
http://www.imi.gov.my/index.php/ms/perkhidmatan-utama/pasport/pasport-malaysia-antarabangsa

Boleh lah nak tahu secara detail tentang tatacara atau syarat-syarat permohonan yang berkaitan. Diharap membantu dan selamat memohon dengan jayanya...




Saje gatal-gatal tulis:
Kali ni berapa kali la plak pasport aku tu ada cop ye..ntah2 sekali jugak...huhuhu...




Comments

Popular posts from this blog

Bau best duit baru Ringgit Malaysia...

Baru angan-angan....