Apakah cerita perodua anda?


Assalamualaikum...

Anda ada kenderaan Perodua? Jika ya, bolehlah kongsikan cerita mengenai kenderaan Perodua anda dalam web yang telah disediakan oleh Perodua. Aku pun tak nak ketinggalan. Aku baru je hantar. Saje suka-suka hantar. hehe...


 Apakah cerita perodua ku?

Aku mula bekerja pada bulan Ogos 2005  dan pada masa yang sama aku baru dapat lesen kereta. Aku amat teruja untuk beli kereta baru dan pilihan aku adalah Perodua. Kenapa? Kerana dengan kereta Perodua, aku akan dapat banyak penjimatan minyak. Itulah sebab utamanya kenapa ku pilih Perodua.

Aku mula dapat kereta Myvi kesayangan aku pada bulan April 2006. Alhamdulillah, kereta tu aku pakai sampai sekarang. Dari aku tak kahwin sampai anak 2 orang, keretaku masih setia denganku. Tak pernah mengalami sebarang kerosakan lagi. Pernah mengalami beberapa kemalangan kecil tapi Myviku tetap berkhidmat dengan baik untuk keluarga.

Dengan Myviku juga kami dapat bercuti dan menghabiskan masa-masa berharga kami dengan penuh kegembiraan. Sehingga kini, kami juga gunakannya untuk pergi kerja setiap hari. Itulah kehebatan Myviku, setia berkhidmat padaku walau dalam apa jua situasi…..




Itulah ceritanya...Kalau sape2 yang berminat untuk berkongsi cerita, boleh layari web www.peroduastory.com.my.

 

Saje gatal-gatal Tulis:
Ada hati nak tukar kereta baru tap berat hati nak tukar kereta lain. Sayang sangat kat Myviku tu. Banyak nostalgia tuu...

Comments

Popular posts from this blog

Bau best duit baru Ringgit Malaysia...

Pengalaman Buat pasport di Pejabat Imigresen Melaka

Baru angan-angan....