Cloth Diapers

Lidiya dah pakai banyak kali cd dah. So far, semua berjalan dengan lancar. Jadi aku dok oder lagi 5 cd utk Lidiya dan beli 2 cd untuk Syasya. Nak try untuk Syasya plak.kalau dia bleh pakai,aku beli la lagi. Nanti bila Syasya dah pandai pegi toilet, cd Syasya akan diperturunkan plak kepada Lidiya dan yang berikutnye...hehehe...

Aku suka sangat pakaikan cd kat anak aku skrg...kenapa? Kerana bila memikirkan banyak penjimatan yang aku dapat setiap kali aku guna cd yang aku beli. Nanti rugi plak. Beli mahal2,tapi tak pakai..Itu yang pertama. Yang kedua, aku lihat,anak aku selesa pakai dan yang penting cd ni selamat dipakai berbanding dengan dd. Peha anak pun takde la berparut lagi...

Lepas ni aku nak beli lagi cd. Duk mengumpul cd la lepas ni. Jadi macam hobi plak. Aku suka betul dengan design cd ni. Ada macam2 boleh pilih. TAPI aku hanya beli yang aku mampu beli aje...yang mahal2,tak mampu aku. Tak berbaloi plak. Nanti bukan berjimat namanya...

Apa pun,pasni aku akan cuba kekalkan pemakaian cd ni. Harap2 berpanjangan hendaknye...Aminnn...

Comments

Popular posts from this blog

Bau best duit baru Ringgit Malaysia...

Pengalaman Buat pasport di Pejabat Imigresen Melaka

Baru angan-angan....