Aku bayar PTPTN tanpa Ujrah

Assalamualaikum....


Rasanya ramai yang membuat perjanjian dengan PTPTN untuk sambung belajar dengan jayanya termasuk la aku. Al maklumlah, asal dari keluarga susah. Tak ada orang nak sponsor plak tu. Maka aku pun buatlah loan PTPTN.

Setelah sekian lamanya aku abis belajar, dan dah bekerja dalam 2 tahun, baru la aku tergerak hati nak bayar hutang PTPTN. Bukan tak nak bayar, masa tu nak pakai duit sangat2. Mula2 start keje...Macam2 la..Beli kete la, nak tunang, kawin lagi. Dah lega sikit, baru la aku buat bayaran sikit2 secara bulanan.

Pasal Ujrah ni plak..Mula2 aku amat2 la excited nak apply dan amat lah berharap dapat. Aku pun hantar la borang secara online dan menanti dengan penuh harapan. Tunggu punya tunggu, tak layak la pulak. Aku frust..:( Pastu aku redho je..

Tiba2 baru2 ni aku terima email yang menawarkan pembiayaan Ujrah pada aku. Terkezut beruk gak aku. Camner leh dapat pulak ye...Nak pikir ke tak nak pikir...Memang aku kena pikir pun sama ada nak terima atau tak. Aku pun di dalam dilema...huhu...

Akhirnye keputusan telah dibuat. Aku tak isi borang Ujrah tu pun. Aku kekalkan bayaran aku seperti sekarang ni. Kenapa? sebabnyeee:

  • Aku boleh buat bayaran sesuka hati aku. Kalau aku kesempitan bulan ini, maka aku boleh tunda bulan depan. Kalau Ujrah, tak boleh nak ngelat. Dia dah tetapkan bayaran dan bayaran dibuat melalui potongan gaji.
  •  Aku boleh buat bayaran yang banyak bila aku ada duit lebih. Nanti bunga tu akan jadi makin sedikit la..Kalau Ujrah, ko bayar banyak mana pun, faedahnye tetap.
  •  Ada banyak prosedur perlu dilengkapkan sebelum hantar borang Ujrah tu. Kena rajin sikit. 
  •  Aku dah redho tak dapat Ujrah hari tu. Excited aku dah tak ada. Senang cakap, dah takde perasaan la.
  •  Secara ringkas tanpa Ujrah, aku bebas. Aku tak nak terikat.

Apapun, hutang tetap hutang. Hutang PTPTN mesti dibayar walaupun sedikit je kita mampu bayar. Apapun, aku ucapkan terima kasih pada PTPTN kerana memberikan pinjaman kepada anak kampung yang susah seperti aku ni. Tanpa PTPTN, aku tak boleh merasai kehidupan sebagaimana kehidupan yang aku rasai sekarang ini.

Saje gatal-gatal tulis:
Harap2 nanti anak cucu aku nanti masih boleh buat pinjaman PTPTN jika dapat sambung belajar tapi takde duit. Macam aku dulu2...



Comments

Popular posts from this blog

Bau best duit baru Ringgit Malaysia...

Pengalaman Buat pasport di Pejabat Imigresen Melaka

Baru angan-angan....