Perkara susah, fikirkan ia adalah mudah!

Assalamualaikum dan salam kita ceria selalu...


Hari ni aku terpanggil untuk menulis sikit. Untuk menghilang ketensenan diriku di kala terlalu banyak kerja yang nak diselesaikan. Kerja mengajar ni bukan perkara senang kalau tak minat. Lagi-lagi jika anda dikehendaki sentiasa bersedia untuk mengajar paper baru.


Aku? Aku dah biasa dah. Dulu2 mau nye aku cuak dan gelabah aje hari-hari nak masuk kelas bila nak ngajar paper baru. Sekarang dah kurang dah rasa cuaknye..aku dah set mind aku bahawa paper baru aku boleh. Orang lain boleh,nape aku tak boleh kan? Tu la ayat motivasi aku untuk sedapkan ati aku(padahal nak nangis dapat paper baru)...huhuhu..


Sebenarnya banyak perkara mustahil dalam hidupku menjadi kenyataan. Bila dipikir2 balik, macam tak tercapai je bila aku masih di takuk lama. Contohnye...aku rasa aku tak mungkin berjaya cemerlang dalam SPM, tapi aku dapat. Pastu tak terpikir masuk 'u', tapi dapat. Itu semua perkara yang aku rasa aku ni tak layak lah masa tu..


Pastu paper yang aku ngajar ni adalah paper yang aku tak suka masa belajar dulu. Sampai repeat paper(punya la bongok aku masa tu..). Tapi sekarang aku kena ajar dan aku rasa sangat suka dengan paper yang aku ajar. Kelakar kan? Dah nampak roda berputar depan mataku....Itulah kehidupan kan..


Itu tentang paper, tentang hidupku masa kecik-kacik dulu pun aku nampak gak ketara bezanya..dipandang hina,aku pernah rasainya. Hidup susah pun pernah. Mandi perigi kat paya aku banyak kali mandi dah. Baca buku guna pelita/lilin pun aku selalu buat. Apa lagi..masuk hutan dengar harimau mengaum pun aku penah dengar tau. Lari lintang pukang, tak jejak tanah kaki aku nih..sadis sungguh...

Ok la..aku ni banyak dah merepek nih. Kang jadi novel plak. Aku pun nak termuntah sendiri bila baca tulisan aku nih. Nanti aku nak story2 pasal kisah2 lama aku supaya anak cucu aku bleh baca. (*_*)


Saje gatal-gatal tulis:
Tulis kisah silam cinta boleh tak?

Comments

Popular posts from this blog

Bau best duit baru Ringgit Malaysia...

Pengalaman Buat pasport di Pejabat Imigresen Melaka

Baru angan-angan....