Hari-hari raya, Raya hari-hari...

Hari ni dah 22 Syawal(kalau tak silap aku), bermakna dah hampir nak abis raya dah ni...tapi masih lagi dalam mood raya. Dulu-dulu masa aku kecik-kecik dulu,raya setakat 3-5 hari je. Pastu raya dah abis. Lain pulak bila aku dah berkerjaya ni...masih lagi beraya. Ada je rumah terbuka dan rumah untuk diraya (termasuk rumah aku jugak,ada orang datang beraya). Best memang best sesangat.


Yang tak bestnya bila makan-makan.pastu sakit perut. Pernah gak la aku cirit birit baru-baru ni. Sakit oii...Orang lain tengah syok tido, aku pulak terpisat-pisat bangun mengejar tandas. Menderita kau sekejap. Pastu lega,sambung tido...(*-*)


Tahun ni ada kelainan sikit sambut hari raya. Aku rasa sangat meriah berbanding tahun-tahun sebelum ini. Kenapa ye? Sebab aku sambut dengan suami beserta 2 orang puteriku. Rasa seronok sangat tahun ni. Anak-anak aku la yang paling sakan sekali beraya. Comel anak-anak aku dengan baju baru mereka.


Gambar?Aku takde softcopy la pulak. Jika ada,dah lama aku upload dalam blog aku nih. Teringin jugak nak letak gambar-gambar. Berseri sikit blog aku...hehehe...


Aku update blog ni kat ofis. Keje banyak. Nak sambung buat keje. Update blog untuk motivasi diri supaya rajin siapkan keje yang bertunggak-tunggak dan tak pernah nak abis. Ok la..nanti aku tulis lagi...Hari ni balik Pahang..Yaahoooo....


Saje-Saje Gatal Tulis:
Bersua muka dengan mak dan abah, rasa tenang seketika...hilang serabut kerja-kerja ofis.

Comments

Popular posts from this blog

Bau best duit baru Ringgit Malaysia...

Pengalaman Buat pasport di Pejabat Imigresen Melaka

Baru angan-angan....