aku tak sihat plak...

tak larat betul bila badan tak sihat...semalam lagi rasa tak sedap badan.hari ni lagi la teruk selsemanye,sakit tekaknye...mcm nak demam lg..tadi pegi klinik tapinye tak leh dapat mc utk esok.cuma boleh hari ni je..katanya kalau nak esok,kene datang lagi esok.tak nak bertanggungjawab kalau jadi apa2 katanya.entahlah...dah la tak larat ni..ni makan ubat pun rasa mcm mengantuk je..ubat ni memang ada yg amaran bila makan tak boleh drive or handle any machine.

semalam dan hari ni (14-15 julai 2009) kursus untuk penasihat akademik oleh Cr Haji Hushim Hj Salleh dan Cr Zakiah Muhammad. seronok kursus dia,cuma aku je yg tak sihat.tak boleh nak ikut kursus dgn baik. so petang ni aku tak pegi. tak larat rasa. aircond kat dalam dewan tu kuat sgt. sampai berair2 mata aku. sesi tadi pun dah dapat teguran dari penceramah.dia perasan aku tak sihat sehinggakan aku dikecualikan dari aktiviti dia.dok tercongok kat belakang je tadi. tak lama pas tu,dah tak tahan aku pegi la klinik.

apa pun aku bersyukur coz aku tak la demam teruk sgt mcm masa aku tengah ngandung kan syasya dulu.kira aku boleh lagi berupaya nak berjalan dan datang ke ofis lagi..ni pun ngantuk2 ni.dapat tido ni,mesti best giler.

Comments

Popular posts from this blog

Bau best duit baru Ringgit Malaysia...

Pengalaman Buat pasport di Pejabat Imigresen Melaka

Baru angan-angan....