Assalamualaikum.... Percutian pertama berjaya di capai tahun ini iaitu di Felda Residence Hot Spring, Sungkai Perak. Best sangat2...Kami ambik 3 hari 2 malam. Mula-mula ambik 2 hari 1 malam. Tapi rasa macam tak puas dan mungkin kami akan balik dalam keadaan tak puas hati. Jadi itu la jangka masa yang paling sesuai iaitu 3 hari 2 malam. Puas mandi dan bergambar. Anak-anak pun happy sangat-sangat kat situ. Mak ayahnye pun sama...P Kenapa best tempat ni: 1. Tempat yang menarik, tenang dan nyaman. 2. Ada kolam air panas dan air sejuk. Boleh pilih mana yang berkenan. Kami terjun kedua-duanya sekali. (Kami ni tamak..hehehe..) 3. Layanan amat bagus dari staf kat situ. Murah dengan senyuman dan sedia membantu. 4. Boleh pilih bilik atau villa (ada jakuzi). Kami ambik bilik(RM180 1 malam. Ni harga weekdays. Kalau weekend RM220 1 malam.Save bajet kalau weekdays..huhuhu)..Bilik pun bagus. Semua lengkap. Dah ada iron, papan iron, ada hair dryer, sejadah, xtra tilam...
Comments
Post a Comment