Posts

Showing posts from September, 2011

Hari-hari raya, Raya hari-hari...

Hari ni dah 22 Syawal(kalau tak silap aku), bermakna dah hampir nak abis raya dah ni...tapi masih lagi dalam mood raya. Dulu-dulu masa aku kecik-kecik dulu,raya setakat 3-5 hari je. Pastu raya dah abis. Lain pulak bila aku dah berkerjaya ni...masih lagi beraya. Ada je rumah terbuka dan rumah untuk diraya (termasuk rumah aku jugak,ada orang datang beraya). Best memang best sesangat. Yang tak bestnya bila makan-makan.pastu sakit perut. Pernah gak la aku cirit birit baru-baru ni. Sakit oii...Orang lain tengah syok tido, aku pulak terpisat-pisat bangun mengejar tandas. Menderita kau sekejap. Pastu lega,sambung tido...(*-*) Tahun ni ada kelainan sikit sambut hari raya. Aku rasa sangat meriah berbanding tahun-tahun sebelum ini. Kenapa ye? Sebab aku sambut dengan suami beserta 2 orang puteriku. Rasa seronok sangat tahun ni. Anak-anak aku la yang paling sakan sekali beraya. Comel anak-anak aku dengan baju baru mereka. Gambar?Aku takde softcopy la pulak. Jika ada,dah lama aku upload dalam blog