Posts

Showing posts from July, 2011

Selamat datang bulan Ramadhan 2011

Wahh...skejap je masa dah berlalu. Dah nak masuk bulan berpuasa dah. Rasa terlalu banyak perkara yang tak sempat nak dibuat. Tup-tup dah nak puasa... Tahun ni ingat nak buat azam baru. Moga-moga Ramadhan kali ini adalah lebih baik dari Ramadhan tahun lepas. Tahun lepas aku rasa kurang sangat amalan di bulan Ramadhan. Tahun ni aku berazam nak buat lebih baik berbanding tahun lepas. Semoga mendapat kekuatan dari Nya.... Kerja pejabat pulak makin bertambah. Rasa banyak sangat kerja. Aku rasa macam pening-pening lalat sekarang ni. Tak sabar nak cuti 3 hari ni. Melaka ambik cuti 1 Ramadhan. Alhamdulillah jatuh hari isnin. Boleh la aku release tension aku ni. Boleh bermesra-mesra dengan anak-anak. Kesian diaorang ni..Kadang-kadang aku ambik diaorang ni lambat. Pernah ambik waktu dah gelap dah...nak buat macam mana...kadang-kadang terpaksa. Banyak yang nak dicoretkan, tapi...rasa macam tak sempat je nak teruskan. Ada lagi tugas yang perlu diselesaikan. Stop kat sini la..nak buat kerja pulak..