Posts

Showing posts from January, 2011

Cloth Diapers

Lidiya dah pakai banyak kali cd dah. So far, semua berjalan dengan lancar. Jadi aku dok oder lagi 5 cd utk Lidiya dan beli 2 cd untuk Syasya. Nak try untuk Syasya plak.kalau dia bleh pakai,aku beli la lagi. Nanti bila Syasya dah pandai pegi toilet, cd Syasya akan diperturunkan plak kepada Lidiya dan yang berikutnye...hehehe... Aku suka sangat pakaikan cd kat anak aku skrg...kenapa? Kerana bila memikirkan banyak penjimatan yang aku dapat setiap kali aku guna cd yang aku beli. Nanti rugi plak. Beli mahal2,tapi tak pakai..Itu yang pertama. Yang kedua, aku lihat,anak aku selesa pakai dan yang penting cd ni selamat dipakai berbanding dengan dd. Peha anak pun takde la berparut lagi... Lepas ni aku nak beli lagi cd. Duk mengumpul cd la lepas ni. Jadi macam hobi plak. Aku suka betul dengan design cd ni. Ada macam2 boleh pilih. TAPI aku hanya beli yang aku mampu beli aje...yang mahal2,tak mampu aku. Tak berbaloi plak. Nanti bukan berjimat namanya... Apa pun,pasni aku akan cuba kekalkan pemakaia

LAMPIN MODEN OH LAMPIN MODEN...

Image
Cloth Diaper Malaysia Ada orang panggil cloth diapers,ada panggil kain lampin moden la, cd la,kain lampin pakai semula la....tapi fungsinye tetap sama. aku excited sangat nak pakai cd ni untuk baby aku ni. setelah ditimbang2 seminggu dua, at last aku beli gak cd ni. untuk percubaan aku beli la 4 cd dulu.. kenapa aku beli cd ni?beli kerana lebih banyak kebaikannya untuk aku dalam jangka masa panjang.banyak kebaikan yang diletakkan oleh blogger di blog2 mereka.terpulang pada kita sebenarnye.cuma kena rajin sikit je...rajin untuk membasuh cd la.sebelum ni takde dalam jadual harian,skrg wujud jadual baru iaitu basuh cd..hehehe... sekarang ni masih lagi dalam tempoh percubaan.baru semalam start guna.rasa macam selesa je guna cd ni di kaca mataku... nampak baby pun selesa pakai...nak tunggu seminggu dua dulu.bila rasa serasi,ingat nak tambah lagi cd.tengah angan nak pakai sepenuhnye cd ni...tengah blajar2 lagi nak guna cd..